JPDC dan OPITO Bekerjasama Persiapkan Institut TVET untuk Pentauliahan Industri
11 November 2022, Kuala Lumpur – Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dan OPITO bekerjasama melaksanakan program mempersiapkan sehingga sepuluh institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (technical and vocational education and training, TVET) Malaysia untuk menerima pentauliahan (accreditation) global sebagai institusi latihan industri hiliran minyak dan gas. Program pentauliahan tersebut akan berjalan sehingga akhir tahun 2023 dengan sokongan dana pembangunan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Read more