Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek-Projek Kerajaan Persekutuan
Mesyuarat dan lawatan tapak projek oleh Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek-Projek Kerajaan Persekutuan atau singkatannya iaitu Federal Projects Steering Committee (FPSC) di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) Bil.1/2020 telah berlangsung pada hari ini, 20 Jun 2020 di Desaru Coast Conference Centre, Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Datuk Seri Mohammad Zuki bin Ali bagi membincangkan status projek-projek Kerajaan Persekutuan di PIPC. Jawatankuasa FPSC ditubuhkan dengan tujuan memberi fokus dan halatuju dalam menangani setiap isu berkaitan dengan projek infrastruktur, kemudahan awam dan utiliti dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan untuk menyokong keseluruhan pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC). Terkini terdapat 25 pakej projek infrastruktur di PIPC, di mana 23 buah projek infrastruktur telah pun siap dan 2 projek infrastruktur dijangka siap pada penggal keempat tahun 2020. Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) merupakan sebuah agensi persekutuan yang bertanggungjawab merancang, menyelaras, memudahcara dan mempromosi pembangunan PIPC dan bertindak sebagai urusetia bagi mesyuarat tersebut.