Lawatan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM)
Pada 29 April 2019, JPDC telah menerima kunjungan lawatan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) bertempat di Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP), Taman Bayu Damai, Pengerang. Lawatan yang disertai oleh 21 orang pegawai dari DOSM itu bertujuan sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di mana DOSM perlu mengumpul stok dan profil penduduk di kawasan Pengerang. Sewaktu berada di PISP, pihak DOSM telah didedahkan tentang pelan pembangunan Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), diikuti dengan Pengerang Integrated Complex (PIC) tentang kependudukan. Lawatan tersebut kemudian diteruskan dengan melawat Pengerang Deepwater Terminals (PDT).