Program Ihya Ramadan bersama Perbadanan Islam Johor (PIJ)
Mewakili JPDC, Cik Rofidah Azman, Pengurus Komunikasi Strategik bersama pegawai-pegawai dari Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menyerahkan 40 bungkus bubur lambuk dan buah kurma kepada pesakit-pesakit dan warga kerja Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor. Program ini adalah inisiatif Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). Program ini disertai oleh 24 agensi kerajaan dan telah mengagihkan 600 bungkus bubur lambuk dan buah kurma kepada rumah kebajikan, pusat jagaan dan pusat kesihatan di sekitar daerah Johor Bahru.