MEA's Engagement With Agencies
JPDC during engagement session with Ministry of Economic Affairs (MEA) together with other agencies.
JPDC during engagement session with Ministry of Economic Affairs (MEA) together with other agencies.
Penyerahan Kunci Rumah Penduduk Kampung Sungai Buntu 20 Jun 2019 - Sesi penyerahan kunci rumah bagi penempatan semula 65 penduduk Kampung Sungai Buntu ke Taman Bayu Damai telah diadakan di Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP) Taman Bayu Damai, Pengerang. Pihak JPDC yang bertanggungjawab merancang, menyelaras, memudahcara dan mempromosi pembangunan PIPC telah turut sama hadir untuk membantu proses penyerahan kunci rumah tersebut. Kini penduduk Kampung Sungai Buntu boleh berpindah masuk ke rumah baru mereka di Taman Bayu Damai dan ini sekaligus memberi laluan kepada pembangunan Fasa3, Pengerang Deepwater Terminals (PDT) yang dibangunkan oleh DIALOG dan rakan urusniaga. Puan Roslinda Roslin, dan Puan Leha Rosli dari Kg. Sg. Buntu berkata, “Gembira akhirnya dapat rumah. Lama (sudah) tunggu. ” “Tak percaya … bila dengar dapat ambil kunci. Lepas raya, terus dapat,” kata Puan Azizah Aziz yang sangat gembira untuk berpindah, “Dah siap kemas rumah dah. Terus nak angkat je (lepas) dapat kunci. Tak sabar.” Pihak DIALOG juga turut hadir membantu melancarkan sesi penyerahan kunci tersebut.
Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) telah menganjurkan projek ‘Giving Tree’ dimana warga JPDC dan warga pemegang taruh dijemput untuk menyumbang kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan peribadi oleh warga JPDC dan para pemegang taruh seperti Damansara Realty Berhad dan Dialog Group Berhad. Pada tahun ini, 3 golongan asnaf telah dikenalpasti; iaitu mereka yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, ibu tunggal yang kurang berkemampuan dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU). “Kami sekeluarga bersyukur di atas pemberian tersebut. Semoga projek ini akan diteruskan lagi hingga ke masa hadapan,” kata Norazilah Mohd Sharif, salah seorang penerima sumbangan. JPDC telah memperoleh senarai barangan bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang diperlukan beberapa minggu lebih awal, untuk memudahkan para penyumbang membeli barangan tesebut. “Semoga Syawal kali ini memberi seribu kebahagiaan dan sedikit kesenangan kepada para penerima,” kata Encik Md Sallehuddin Salim dari Dialog Group Berhad. Projek ini memberi kami peluang mendekatkan diri dengan penduduk pengerang yang kurang bernasib baik. Bagi pihak yang menerima barangan untuk Aidilfitri tahun ini, JPDC ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ‘Giving Tree’ ini. “Semoga usaha kecil kita ini dapat membuatkan mereka tersenyum di pagi raya,” kata Encik Zainulariffin Ismail dari JPDC.
Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) telah menganjurkan Program Ziarah Ramadan untuk kali yang kedua bagi bulan Ramadan pada tahun ini. Ziarah Ramadan kali ini telah dimulakan pada sebelah pagi iaitu untuk mengedarkan sumbangan bekalan Aidilfitri kepada 20 orang asnaf di sekitar Kampung Lepau dan Kampung Pengerang. Sumbangan bekalan Aidilfitri untuk keperluan makanan di hari raya itu berbentuk ketupat nasi segera, kopi, teh dan susu. Pada sebelah petang pula, JPDC bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rashid di Kampung Lepau telah bekerjasama menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid kampung itu. Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Hishamuddin bin Abdul Rahim sambil menunggu waktu berbuka. Hadirin dihidangkan dengan jamuan ringan untuk berbuka, dan kemudiannya mendirikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah. Selesai menunaikan Solat Fardhu Maghrib, hadirin telah dijemput untuk menjamu makan malam yang telah dihidangkan sebelum menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Sunat Tarawih. JPDC amat berbesar hati kerana majlis ini telah dihadiri juga oleh Encik Mohd Nor Fahmi bin M. Nasir, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, Encik Bahren bin Safon, Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Encik Mohamad Adam bin Ahmad, Penghulu Mukim Kota Tinggi. Turut hadir, Tuan Haji Mohd Khaidir Ismail, Penghulu Mukim Pantai Timur dan Tuan Sarjan Mejar Roslan bin Mian, Ketua Balai Polis Pengerang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini terutama sekali Encik Zainal Abidin Abd Rahim selaku Ketua Kampung Lepau dan juga Encik Mohd Tahir bin Hanafi selaku Pengerusi Masjid Ar-Rashid. Tidak lupa juga kepada para penduduk Kampung Lepau kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama mengimarahkan lagi majlis kami di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Semoga kita semua dapat meraikan Hari Raya pada tahun ini dengan lebih meriah dan gembira.