FPSC Bil.3/2019
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek-Projek Kerajaan Persekutuan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (FPSC) bilangan ketiga untuk tahun 2019 telah dilaksanakan pada 16 Julai. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), membincangkan mengenai status projek-projek Kerajaan Persekutuan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) merupakan sebuah agensi persekutuan yang bertanggungjawab merancang, menyelaras, memudahcara dan mempromosi pembangunan PIPC dan bertindak sebagai urusetia bagi mesyuarat tersebut. Terdapat 25 pakej kerja di PIPC, dimana 18 buah pakej telah pun siap dan 7 lagi pakej dijangka untuk siap dan diserahkan pada akhir tahun 2019. Pakej-pakej tersebut termasuk, Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove, Balai Bomba dan Penyelamat Sg. Rengit, Jalan Baharu P3, Jalan Baharu P4, Saliran Baharu Pakej 1 dan Saliran Baharu Pakej 2.