Pelancaran Wawasan Kemakuran Bersama (WKB)
Wawasan Kemakuran Bersama 2030 (WKB 2030) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 5 Oktober, 2019. Ia merupakan iltizam Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan saksama, inklusif merentasi kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Penekanannya adalah kepada prinsip kesamaan keberhasilan (equality of outcomes) dan bukannya kesamaan peluang (equality of opportunities). Terdapat 3 objektif utama Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan & pendapatan, dan negara bersatu, makmur & bermaruah. JPDC telah menghantar beberapa orang wakil untuk menghadiri sesi pelancaran tersebut. “Tahniah, diharapkan segala inisiatif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat membentuk Malaysia sebagai sebuah Negara membangun berkompetitif yang sentiasa menitik beratkan penglibatan inklusif di setiap peringkat kumpulan rakyat sehingga mewujudkan kestabilan ekonomi,”ulas Encik Amir Hamzah A. Jabar, JPDC. “Saya amat bersetuju dengan inisiatif WKB ini yang berhasrat merapatkan jurang pendapatan bagi kesemua kumpulan rakyat. Satu inisiatif yang baik di mana masyarakat Bumiputera tidak lagi dipinggirkan sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih kompetitif untuk kesemua kumpulan rakyat,” kata Encik Effendi Ahmad, JPDC. “Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 merupakaan satu pendekatan yang holistik kerana menekankan jurang pendapatan antara negeri, bandar dan luar bandar serta golongan berpendapatan tinggi (T20) dan yang berpendapatan rendah (B40),” Encik Azizul Fazli Md Nor, JPDC. “Dengan pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) ini, rakyat Malaysia mempunyai peluang yang saksama untuk menikmati pembangunan negara tanpa mengira bangsa dan agama,” Hazlina Md Taberi, JPDC.