Majlis Penyampaian Hakmilik Tapak Rumah Taman Bayu Damai
11 November –Satu Majlis Penyampaian Hakmilik Tapak Rumah bagi 915 penduduk Taman Bayu Damai, telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Dr. Sahruddin Haji Jamal, Menteri Besar Johor. Penduduk yang berasal dari 7 buah kampung di sekitar Pengerang itu sebelum ini telah dipindahkan ke Taman Bayu Damai bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). 7 buah kampung tersebut adalah Kg. Sg. Kapal, Kg. Langkah Baik, Kg. Teluk Empang, Kg. Jawa, Kg. Sebong, Kg. Batu Mas dan Kg. Sg. Buntu. “Penyerahan hakmilik tapak rumah itu bertepatan dengan hasrat kerajaan melestarikan pertumbuhan ekonomi negeri. Ia termasuk menyelesaikan isu-isu berkaitan perumahan penduduk,” kata YAB Dato’ didalam ucapan beliau. “…Sangat bersyukur akhirnya geran hakmilik di tangan setelah lebih kurang 5 tahun menunggu,” kata Leza Mohd Sahro, salah seorang penerima hakmilik tapak rumah. “Terima kasih kepada semua agensi kerajaan yg terlibat, penantian 5 tahun akhirnya berakhir,” kata Nor Wahidah Abd Patah, salah seorang penerima hakmilik tapak rumah.